Dakwah Memerlukan Bekalan


Setiap musafir memerlukan bekalan jika seseorang musafir itu mahu meneruskan musafirnya.
Bekalan yang sangat perlu dalam perjalanan dakwah ialah :
  1. Iman yang teguh
  2. Taqwa kepada Allah
  3. Sahabat-sahabat yang baik
  4. Sahabat-sahabat yang memberi tunjuk ajar
  5. Sahabat-sahabat yang menghidagkan segala pengalaman-pengalaman dan percubaan-percubaan

Dengan adanya 5 perkara di atas ini, insyaallah kita akan mendapat satu kekuatan dan tenaga baru serta menguatkan lagi iltizam dan cita-cita serta menjauhkan kita dari segala bentuk penyelewengan, kesilapan dan kesalahan.

Bekalan iman dan taqwa inilah yang akan memancarkan segala matair kebaikan dari lubuk hati, melahirka segala daya dan tenaga, memupuk ketinggian cita-cita, menambahkan keazamaan dan kemahuan seterusnya memudahkan gerakan langkah , meringankan tarikan, melintasi segala rintangan, menjauhi segala kesalahan dan menerangi segala petunjuk di sepanjang jalan.

Dengan ini lahirlah :

  1. Kebenaran
  2. Jiwa-jiwa yang ikhlas
  3. Penuh kesungguhan
  4. Tahan lasak

Perkara pertama sebagai bekal di jalan dakwah ini adalah merasa-rasa kehadiran Allah. Allah sentiasa bersama kita dalam setiap langkah, di kala aktif maupun pasif, malah Allah ada sentiasa bersama kita di dalam setiap detik. Bagi siapa yang sentiasa merasa penyertaan Allah, dia tidak akan merasa kekurangan sesuatu dan bagi siapa yang dibiarkan oleh Allah keseorangan sudah tentulah ia akan terus sesat dan akhirnya akan terus hilang di pertengahan jalan dakwah.

Firma Allah :

Dan bersabarlah, dan tiadalah kesabaranmu itu kecuali kerana Allah dan janganlah merasa dukacita ke atas mereka dan janganlah kamu merasa susah dari tipu daya mereka. Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bertaqwa dan berbuat baik.